TENTANG KAMI
Kami studio reka bentuk dan pembangunan di Selangor, Malaysia. Sejak 2021, kami membina laman web, sistem perniagaan dan alatan digital untuk perniagaan yang mahu bergerak lebih lancar dan berkembang dalam talian.
- Ditubuhkan
- 2021
- Klien
- 10+
- Lokasi
- Selangor, Malaysia
- No. pendaftaran SSM
- 202503267271 (003780123-A)
Apa yang kami buat
Reka Bentuk dan Pembangunan Web
Laman web syarikat, landing page dan aplikasi web yang cepat dibuka dan menukar pelawat kepada pelanggan.
Sistem Perniagaan Tersuai
Sistem dalaman dan dashboard yang menggantikan kerja manual dan spreadsheet yang bersepah.
Alatan Digital dan Automasi
Alatan dan automasi yang dibina mengikut cara perniagaan anda berjalan setiap hari.
Cara kami bekerja
Fahami perniagaan dahulu
Sebelum mencadangkan apa-apa, kami ambil tahu dahulu bagaimana perniagaan anda sebenarnya berjalan: siapa buat apa, masa paling banyak habis di mana, dan apa yang selalu tidak kena.
Bina ikut keperluan
Skop disesuaikan dengan masalah dan bajet anda. Anda bayar untuk apa yang benar-benar menggerakkan perniagaan, bukan ciri tambahan yang sekadar ada.
Kekal selepas pelancaran
Ada klien yang bekerjasama dengan kami sebulan, ramai yang kekal setahun atau lebih sambil kami tambah ciri baharu dan baiki apa yang timbul selepas ia digunakan setiap hari.
Kami juga bina produk sendiri
Di celah-celah projek klien, kami membina dan melancarkan alatan sendiri untuk masalah harian. Jadi kami tahu sendiri apa yang diperlukan untuk melancarkan sesuatu produk dan memastikannya terus berjalan.
Ada projek yang anda rancang?
Ceritakan kepada kami. Kami membalas dalam masa 24 hingga 36 jam dan boleh menandatangani NDA sebelum bermula.