KAMI REKA DAN BINA PRODUK DIGITAL YANG BANTU JENAMA MAJU
5+ tahun pengalaman reka bentuk dan pembangunan
LEBIH DARIPADA
10 KLIEN
Lebih sedozen aplikasi, alatan dan produk digital sudah kami reka dan bina.
Ada klien yang bekerjasama dengan kami sebulan, ramai yang kekal setahun atau lebih.
dan banyak lagi...
SOALAN LAZIM
Apa itu Citrus Arc Studio?
Citrus Arc Studio ialah studio reka bentuk dan pembangunan yang berpangkalan di Selangor, Malaysia. Kami bina laman web, sistem perniagaan dan alatan digital yang membantu perniagaan bergerak lebih lancar dan berkembang dalam talian. Kami juga membina dan melancarkan produk kami sendiri.
Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Citrus Arc Studio?
Kerja kami merangkumi reka bentuk dan pembangunan web, sistem tersuai dan alatan digital. Ini termasuk laman web syarikat, landing page, aplikasi web, sistem dalaman perniagaan, dashboard, automasi dan apa-apa lagi yang diperlukan oleh perniagaan anda.
Bolehkah Citrus Arc Studio membina sistem tersuai untuk perniagaan saya?
Boleh. Jika ada proses yang masih dibuat secara manual, bersepah dalam beberapa spreadsheet atau memang sukar diurus, kami boleh bantu jadikannya sistem atau alatan tersuai. Kami akan fahami dahulu cara perniagaan anda berjalan, kemudian tentukan apa yang betul-betul perlu dibina.
Bolehkah anda bekerja dengan laman web atau sistem sedia ada?
Sudah tentu. Anda tidak semestinya perlu bermula dari kosong. Kami boleh menambah baik, mereka bentuk semula, membina semula atau menambah ciri baharu pada laman web atau sistem sedia ada, bergantung pada keadaannya sekarang dan apa yang anda mahu capai.
Berapa lama biasanya sesuatu projek mengambil masa?
Tempoh projek bergantung pada skop dan kerumitan apa yang kami bina. Laman web yang ringkas mungkin siap dalam beberapa minggu, manakala sistem tersuai atau aplikasi web boleh mengambil masa lebih lama. Kami akan beri anggaran masa yang lebih jelas selepas memahami keperluan anda.
Adakah Citrus Arc Studio membina produknya sendiri?
Ya! Kami bukan sahaja membina untuk klien, tetapi juga untuk diri sendiri. Kami sentiasa mencuba idea baharu dan melancarkan alatan sendiri untuk menyelesaikan masalah harian dan memudahkan urusan perniagaan.
Bagaimana saya boleh memulakan projek dengan Citrus Arc Studio?
Mulakan dengan mengisi borang di halaman Hubungi Kami: nama, maklumat untuk dihubungi, julat bajet dan penerangan projek anda. Kami akan membalas dalam masa 24 hingga 36 jam.




